Automate your Marketing
with Womplify




 
Junaidah 's FotoPage

By: Junaidah Harris

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Thursday, 25-Oct-2007 03:56 Email | Share | | Bookmark
Selamat menyambut Aidil Fitri

gambar kegemaran
amboi sedapnyer tidor!!!!
bersiap2 pakai baju baru
View all 41 photos...
Selamat Hari Raya, minal aidil wal faizin.
Berlalu Ramadhan, Syawal menjelma. Seluruh umat islam bergembira menyambutnya. Yang paling bestnya Aildil fitri ini apabila dapat disambut bersama-sama keluarga di kampung.

Tahun ini, semuanya berkumpul dikampung. Riuh rendah dengan suara anak-anak kecil. Yang pasti, hero bernama Shariq Ezam tetap menjadi tumpuan semua orang dengan keletahnya yang mencuit hati. Tak reti duk diam, ada saje yang nak dibuat. Makin jadi abang, makin ligat dia bergerak. Apa2pun, Aidil Fitri tahun ni memang meriah. Syoknyerrrr!!!!!!


Friday, 15-Jun-2007 06:24 Email | Share | | Bookmark
Sekitar perlawanan Futsal antara jabatan dalam KPTM - 2 jun 2007

GAmbar-gambar yang diambil semasa perlawanan futsal antara Jabatan dalam KPTM. Alhamdulillah, group wanita jadi juara dengan rekod tanpa kalah. Group lelaki, u all pun best gak, cuma tak der rezeki lagi. Tak per, boleh fight lagi untuk game akan datang.

Walau penat bermain, masing2 still tak penat berposing. Dengan muka berpeluh2, bau masing2 pun dah 'sepesen' jer.. Apa kisah bau kan??? Bukan boleh masuk dalam gambar pun??? At least, ada gak kenangan satu team. DAn...yang paling penting, akak ada bahan nak masukkan dalam fotopages kali ni.


Wednesday, 13-Jun-2007 07:38 Email | Share | | Bookmark
koleksi gambar pemandangan

Setenang mata memandang.. WAktu pagi di jeti TAsik kenyir
Alam semulajadi yang belum tercemar di tasik kenyir
waktu petang yang mendamaikan di kenyir
View all 6 photos...
Ni la koleksi gambar pemandangan yang sempat diambil bila jalan2. Minat sangat ngan fotografi, tu yang cuba cari sudut yang cantik agar gambar yang diambil nampak hidup. Biasalah kan... budak baru belajar, memang ada yang nampak tak berapa cantik. TApi ada gak yang cantik... Hmmm gambar pemandangan favorite kat Kenyir...real punyer hidup gambar siap berkabus2 lagik tuh..



Monday, 28-May-2007 11:16 Email | Share | | Bookmark
Majlis Konvokesyen Ein kat UiTM Shah Alam - 26-05-2007

Beratur nak masuk dewan...
Sempat lagi nak posing nih...
 
View all 32 photos...
TAhniah E'in.... Konvokesyen ke 66 UiTM Shah Alam.


Friday, 24-Nov-2006 11:00 Email | Share | | Bookmark
Ezam wif his spectacles

Ok dah ker ni???
bila dah ok... sengih terlebih la plak...
LASt Sunday pegi serdang... Rindu sangat kat budak kecik tu... Hmmm... sampai2 tengah tido laks. terpaksa lah Cik Jun tunggu adik bangun...Tapi bila dah bangun, amboi!!! Tak reti diam... banyaknyer cakap dier sekarang. Dan yang paling seronok Adik dah ingat nama Cik Jun. Dah pandai paggil nama lagi. Tapi sikit lari lahh... Sepatutnya Cik Jun dah jadi Jujun.. kengkadang tukar jadi Dun plak. Tak kisah lah... lama-lama ok lah kan...

So ni gambar-gambar adik ngan cermin mata ala2 60's nyer penyanyi. terpaksa bagi sebab nak pujuk Adik daripada kuar rumah...


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net